BAHAYA MELUPAKAN AL-QURAN
Oleh: Wahyu Purhantara
Kita sering membaca atau mendengar kuliah tentang kelebihan
dan kebaikan yang bakal diperolehi dengan membaca dan mengamalkan kandungan
Al-Quran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mengetahui kesan-kesan
baik dengan melaksanakan segala kandungan Al-Quran.
Namun sejauh manakah tahap amalan kita terhadap tuntutan
Al-Quran itu dilaksanakan. Sekiranya dikira dengan memberikan peratusan, angka
berapakah yang kita perolehi daripada 100? Sama-samalah kita menganalisanya.
Disamping kita mengetahui kebaikan dan ganjaran atas segala
perbuatan kebaikan dan kebajikan terhadap tuntutan Al-Quran, adalah amat wajar
juga untuk kita mengetahui kesan buruk dan bahaya melalaikan atau melupakan
Al-Quran. Apakah lagi meninggalkan terus Al-Quran, semoga dijauhkan.
Sebenarnya amat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia
sekiranya mereka melupakan atau meninggalkan tuntutan Al-Quran. Kesan bahaya
ini mungkin terkena kepada individu, komuniti masyarakat atau negara mengikut
keadaan dan peringkat tuntutan Al-Quran itu sendiri.
Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia di dunia ini. Siapa
yang melupakan dan meninggalkannya tidak akan dapat melihat kebenaran Allah
kerana matahatinya telah gelap dan ditutupi daripada cahaya kebenaran.
“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati
(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan
mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” (al-Hajj:
46)
2.
Keras hati
Hati yang jauh dari petunjuk Allah menjadi keras dan sukar
untuk menerima kebenaran sehingga disifatkan oleh Allah lebih keras daripada
batu.
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk
secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan
(kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah
menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga
hati mereka menjadi keras. Dan ramai diantara mereka menjadi orang-orang fasik”
(al-Hadid: 16)
3.
Sempit dada
Apabila kita bergantung kepada salain Allah (makhluk) maka
kita akan bergantung kepada sesuatu yang lemah dan tidak memiliki apapun. Kita
akan merasa sempit apabila bergantung selain kepada Allah apabila tidak mampu
memenuhi kehendak dan keinginan kita.
“Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan mendapat hidayah
(petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa
yang dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak…”
(al-An’am: 125)
4.
Lupa terhadap diri sendiri (An Nisyaan)
Hubungan Allah dengan hamba-hambaNya begitu dekat. Apabila
hamba dekat kepadaNya maka Allah lebih dekat lagi. Tetapi apabila hamba
melupakan Allah, maka Allah akan melupakan hambaNya, bahkan menjadikan mereka
lupa akan diri mereka sendiri.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada
Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah
orang-orang fasik” (al-Hasyr: 19)
5.
Fasiq
Fasiq merujuk kepada golongan yang keluar dari
batasan-batasan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Apabila kita melupakan
Al-Quran atau meninggalkannya, maka kita telah berada di luar batasan Allah swt
sedangkan semua itu disebutkan dan diperingatkan di dalam kitabNya.
“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor
nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka
tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud
Allah dengan perumpaan ini? Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang
dibiarkanNya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberiNya petunjuk.
Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang
fasik” (al-Baqarah: 26)
6. Bershahabat
dengan Syaithon (Syuhbah As-Syaithon)
Syaithon senantiasa mencari-cari peluang untuk
menyesatkan manusia melalui cara apapun. Siapa yang meninggalkan atau
melupakan Al Qur’an maka Allah berjanji akan mengadakan baginya Syaithon lalu
syaithon itu menjadi shahabatnya. Allah berfirman dalam surat Az-Zukhruf
ayat 36 yang artinya: “Barangsiapa yang berpaling dari peringatan Yang Maha
Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syathon, lalu syaithon itu menjadi
temannya.”
Allah swt telah berjanji bahawa siapa yang berpaling dari
ajaran yang telah dibawa oleh nabi saw akan menerima balasan dalam
kehidupannya. Kerana petunjuk selain dari Allah mempunyai kekurangan dalam
setiap sisi.
“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka
sungguh dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya
pada hari kiamat dalam keadaan buta” (Taha: 24)
8.
Zalim dan hina (Zhulmun wa Dzil)
Apabila kita lari dari keadilan yang ditunjukkan oleh Allah
maka tempat untuk kita adalah kezaliman kerana kita telah meletakkan sesuatu
tidak pada posisi yang sepatutnya menurut apa yang dikehendaki Allah. Kebergantungan
kepada selain Yang Maha Pencipta yaitu makhluk akan melahirkan kehinaan.
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah
diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia berpaling darinya?
Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang berdosa” (as-Sajdah:
22).
9.
Nifaq
Nifaq adalah sifat yang berbahaya bagi masyarakat dan bagi
individu tersebut. Hal ini kerana orang tidak mengetahui mereka dengan baik,
kerana pada zahirnya mereka seperti orang (muslim) lain. Tetapi Allah Maha
Mengetahui apa yang ada di dalam hati-hati mereka. Rasulullah saw menceritakan
sifat atau cirri-ciri nifaq dan meminta kita menjauhinya.
“Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah (patuh)
kepada apa yang telah diturunkan Allah dan (patuh) kepada Rasul,” (nescaya)
engkau (Muhammad) orang munafik menghalangi dengan keras darimu” (an-Nisa’: 61)
10.
Sesat (Dhalaalun Mubiin)
Petunjuk yang diturunkan oleh Allah swt adalah petunjuk yang
jelas kebenaran. Dinyatakan satu persatu oleh Allah swt hakikat-hakikat
kebenaran ini dengan bukti-bukti yang begitu jelas sehingga tidak ada lagi
alasan bagi mereka untuk berpaling setelah mereka mengaku beriman, kecuali
keingkaran mereka terhadap hakikat yang begitu jelas yang terbukti di
hadapannya. Inilah yang disebutkan kesesatan yang nyata.
“Tidakkah engkau (Muhammad) memperhatikan orang-orang yang
mengaku bahawa mereka telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan
kepada apa yang diturunkan sebelummu? Tetapi mereka masih inginkan ketetapan
hukum kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari
thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang
sejauh-jauhnya” (an-Nisa’: 60)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar